Sunday, January 18, 2009

..:: Penghargaan ::..

Dengan sedihnya aku akan meninggalkan company lama aku yang telah banyak berjasa dan memberi ilmu pada aku selama ini. kata-kata penghargaan dan terima kasih aku mailkan pada semua opis mate... rasa terharu plak..

Salam semua...
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan ***** di
atas segala tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan kepada saya selama saya
berada di sini. Bersama-sama syarikat di masa turun dan naik banyak mengajar dan
memberi pengalaman yang sungguh bermakna kepada saya. Kini telah tiba masa saya
untuk mencuba pengalaman baru dan meningkatkan kerjaya saya.


Saya ingin mengambil kesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya bekerja di sini terdapat kekurangan yang tidak menyenangkan kepada semua. Saya
tidak akan melupakan jasa dan ilmu yang telah saya perolehi di syarikat ini.
Saya juga akan sentiasa berbangga untuk membawa nama syarikat bersama-sama
saya.


Terima kasih sekali lagi dan saya sentiasa mendoakan kejayaan syarikat
di masa akan datang.

Ikhlas Dari,

*****



No comments:

Post a Comment